Assalamualaikum :)
| Cik Malina |
Hari ni jelajah kota London lagi.
Esok da start class, dah nak kena puasa menerokai London buat sementara waktu.
Hari ni berkenalan dengan 4 orang Malaysian , Kak Izu , Kak Shida ,Atikah & Mimi. Atikah & Mimi ialah student ACCA jugak. Kak Izu pulak master kot kalo tak silap.hehe. dan yang pasti Kak Shida sekarang tengah buat phd. Diorang ni la yang kenalkan kitorang dengan dua market famous ni.
Petticoat Lane Market
Petticoat Lane Market ni dibuka setiap hari, tapi menurut Kak Izu, hari ahad paling meriah.
Terletak di Middlesex Street dan market ni macam uptown kat KL la.
Dibuka setiap hari dari 10am hingga 3pm.
Barang -barang macam baju- baju lelaki, wanita dan kanak-kanak bole dapat dengan harga GBP1. Gila tak murah kan. Dan aku rasa barang dekat situ macam harga tak lebih GBP100 pon. Souvenirs pon banyak dan murah.
Kak Izu bagitau, sebenarnya baju-baju yang dijual kat situ sebenarnya semua baju yang memang baju baru cuma kadang tu diorang potong tag brand baju tu mungkin sebab reject atau dah end of season. Ada coat,kasut,baju, bag, souvenir , macam-macam lah.
Tapi tadi kami tak shopping pape pon sebab ingat nak jalan-jalan lagi banyak tempat dan lagi pon semalam da terbeli kat Primark & Zara. Tengah memujuk diri jangan shopping dah bulan ni.kikikiki
| Qila. Amy. Laila |
Brick Lane Market
Tak jauh dari Petticoat Lane Market, jalan depan sikit nampak Brick Lane Market. Market ni ada jual baju-baju dan bag jugak, tapi tak semurah Petticoat Lane Market la. Tapi,apa yang best dekat sini ialah, MAKANAN! Baaaaaanyak sangat makanan sedap sedap dan halal.
Dalam kesesakan matsaleh, dan warganegara lain jual makanan diorang terjumpa satu gerai Malaysian, iaitu gerai apam balik, The Malaysian Pancake Co.
Kak Shida kerja part time kat TheMalaysianPancake Co ni/ Ape lagi, sedap jela kitorang lepas try ..try lagi.tak beli pon.haha
Tapi makanan kat sini memang terbaik lah. sebab banyak halal dan nampak sedap, rambang mata nak pilih. Jenuh telan air liur dah.
GBP6 je da bole campur semua lauk kat atas ni + nasi.



No comments:
Post a Comment