Saturday, September 28, 2013

North End Road Market


Demi 10 ekor seaBass sanggup!

Seabass ialah ikan siakap..


Dah nak sebulan makan ayam je. Sampai dah taktau nak masak apa dengan ayam.
Bila tau Fhairuz & Qila jumpa pasar murah, terus ..time tu jugak carik bas. 10 ekor seabass for £9.99 .susah nak jumpa harga macam ni.. Hari tu Danny tengok kat Oriental, sekor je pon £7. Mana syok makan sekor.kitorang piranha kot.hehe


North End Market Road ni dekat je dengan umah kitorang.. terletak di Fullham, +- 20 mins naik bus 295 dari Sherpherd Bush (depan Argos , lupa pulak nama stop tu).
Market dia bukan macam pasar.tapi macam tepi jalan gitu je. Harga memang jauh beza dengan supermarket dan macam-macam barang dijual. ade blouse,dress, alat solek, bag, battery pon ade jual tau. Tapi sebab motif utama nak beli ikan je, dan suami nak balik solat jumaat, maka tengok ikan jelah.
Tapi sempat jeling sayur & buah jugak.murah! Walaupon dekat shepherd bush ade je 1 bekas £1 tapi kat sini, bekas dia besaq baq hang!kikiki.tapi sayur buah semua tak kisah pon mahal ke murah.sebab melimpah ruah kat shepherd bush.
Oh ye.tadi ade udang..1kg = £11. Taktau la mahal ke tak.haha.

Maka dengan itu, freezer da penuh! Alhamdulillah untuk rezeki ni suma.
Psst! Nak carik salmon!belum jumpa lagi sejak dok sini.jumpa ayam je.terbaru jumpa ikan siakap.

No comments:

Post a Comment