Friday, October 14, 2016

Mini UTC Keramat : Passport

Tengok kisah anak orang lain buat passport,rasa nervous pulak haha

Ada yang cakap, 'phewww ni lah gambar ke 33x hasil beberapa orang staff imigresen'. Kah!

Google punya google,bole ke tak nak tangkap gamba siap siap,nanti masa nak buat passport bagi je kat pegawai imigresen tu. Tapi takjumpa pulak latest info untuk buat passport. Jumpa info pasal harga je.

Beberapa hari sebelum ke Mini UTC Keramat, baba Ayden singgah ke UTC  nak tanya document apa semua kena bawa since ni first time Ayden nak buat passport.

Untuk buat passport buat pertama kali,umur bawah 18 tahun:
• Sijil Kelahiran asal dan fotostat 1 keping
• Kad pengenalan asal dan fotostat 1 keping
• Baby comel
• Penjaga baby comel tersebut
• Duit RM100 (bayaran untuk passport bawah 18tahun)



Untuk Mama Baba renew passport pulak:
• Passport lama yang dah expired
• Kad pengenalan
• Duit RM200(renew untuk 5 tahun)



Alhamdulillah siap dah passport Ayden. Sekali snap je!
Mama tawakal jelah jadi apa gamba Ayden sebab masa tu mama rasa macam Ayden tak tengok camera pon haha








Sunday, July 31, 2016

Songkok



Tahun ni, Ayden & family tak beropen house langsung kat KL/Selangor sebab mama kurang sihat.

Nak invite orang datang beraya umah pon mama taklarat kemas umah apatah lagi menyediakan juadah enak - biasanya yang enak itu juadah tunjuk kahkah!

Sejak 2-3 hari ni Ayden pantang nampak songkok. Nampak je mesti nak pakai. Bangun tido nampak songkok pon nak pakai. Nak makan,sibuk jugak nak pakai songkok.

Berbaloi sungguh baba usaha carik songkok budak tu hari. Baba suka beli barang. Mama pulak, suka jual barang.
Kalau nak beli songkok budak contact la (ig mama mrsstores tau?) Mama saya yang hobi semua benda dia nak jual tu kikiki!


Ayden sekarang takmau dah makan dalam pinggan/ mangkuk baby. Kalau pinggan/mangkuk macam mama baba je baru Ayden selera makan.

J

Syoknya makan sampai senget songkok. Arini makan nasi ayam penyet tanpa sambal hehe.

Wednesday, June 1, 2016

Balik Kampung

Ayden balik perlis last week. 


Takdak mood. Lapaq. Makan sekut duluuu.


Pantang nampak pen. Mesti nak tulis.

Kemain ostaz Ayden pakai kopiah Pak Ngah bagi, tapi seluar pendek. Selipar baru, baba beli kat Nat. Kaki terjulur haa keluaq!


Sunday, March 13, 2016

Dr. Ayden Qhaleef

Hi!
Dr Ayden Qhaleef in the house!

Who's down with fever?
Let Dr Ayden treat you with his brand new stethoscope.

Tuesday, February 2, 2016

Big Bad Wolf





Kalau sebelum ni,tiap kali Big bad Wolf je mesti ajak Azhar  jom la jom la jom la pergi sana.
Tapi taksampai sampai pon kat BBW tu 😆

Semalam pon hampir tak sampai. Tapi mungkin sebab da selalu sangat kitorang plan tapi ada je plan termelencong ke benda lain ,pukul 8 sampai umah,dinner jap terus keluar ke MAEPS Serdang.

First time kan mesti la macam jakun. Tengok buku dengan harga yang gila craaaaaazy murah rasa macam rambang mata. Tu belum sampai part buku Ayden lagi. Tapi bak kata Azhar, isteri yang bijak kena ada list!
List kalo nak beli groceries memang ada. Tapi biasanya list tu taksempat nak tengok 😆😆
Beli buku kali ni memang takda list la.

             Yay or Nay? - Yay lah!


Memula masuk bakul jugak buku ni, pikir punya pikir ok takjadi lah. Sebab bulan lepas dah beli dengan @hello.thebabyproject. So kali ni kitorang aim yang macam softbook,bathbook,toys camtu and flashcards.

Ayden 's Car Tumbler only cost us RM3.18 👍🏻

Memang kalo setiap kali bookfair, aku akan cari buku baking. Masa kat London dok meroyan beli Hummingbird punya buku hehehe. Sekarang nasib baik tak berapa gila,so beli 1 je buku cookie deco ni hadiah untuk 2 jam tawaf BBW. Tu pon waswas nak beli Annabel Karmel puny buku ke tak. Masuk bakul keluar bakul.

Nanti BBW kita beli buku BabaAyden pulak ye! Mak nye Ayden busy pilih buku Ayden sampai BabaAyden tak sempat nak pilih buku. 😆😆
Naik kereta aku tanya,awak beli buku apa yang? 
Jawabnya BabaAyden, tak beli pon. Takbole nak fokus cari buku 😂😂



Monday, March 9, 2015

Soft Launching Nurizshar

Cewah.
Soft launching gittew.

Semalam kitorang ke Bangi Sentral untuk kenduri doa selamat dan bacaan yassin Nurizshar  sempena Yan & Suhail bukak kedai. 
Besaq kedainya, memang nanti mommies semua CONFIRM la selesa nak shopping sana. 

Official ataupon grand opening la orang panggil..Grand Opening Nurizshar ni 4 April ni, tapi disebabkan aku masa tu dalam pantang, so ku gagahi diri ini ke Bangi semalam. Tapi takde la penat semput pon walaupon dah 39 weeks. Alhamdulillah ok aje.
Tapi orang sekeliling dah risau takut terberanak. Yan cakap jangan la terberanak kat Nurizshar, nanti kena sponsor barang baby smpai besar. kikiki

Pagi kul 10 camtu, whataspp kat group, penatnya baking! pening berpeluh baking 50 bijik creampuff. Padahal...


Aku tempah kat @julianazaabar je pon! kehkeh

Pastu rasa macam banyak pulak penipuan berlaku, yela dah semua orang puji mak buyong ada kekuatan lagi buat creampuff, nanti penat pulak nak mintak maaf ..mengaku jela ' Takpenat pon, tekan je hashtag #creampuff belambak orang tolong baking'


Dah lepas mengaku hashtag yang tolong baking, Yan pon mengaku la yang dia pon hashgtag je jugak. Ni je 25 biji pavlova Yan sempat masak.


Dah besar dah Rayyan! Tapi Rayyan taknak kawan pon dengan Aunty. Fine lah.

Friday, March 6, 2015

Tilam BabyCot

Misi mencari tilam babycot untuk my smiling and adorable little man diteruskan pada weekend lepas.
Bila dah nak dekat due ni rasa ehhh macam banyak pulak tak settle.
Awal pregnant dulu kemain list down nak beli itu ini itu ini.
Tapi Alhamdulillah masih dikurniakan kesihatan yang baik dan larat lagi nak kehulu kehilir bersama perut da semakin besar.


Nak cari tilam babycot ni rupanya susah juga ya.
Search hashtag IG memang takado lah. Kalo #tilamkekabu banyak sangat.

Taksenang nak senang. Tapi google jela kan. Internet kan dihujung jari.

Hasil dari survey dan info yang aku dapat, kesimpulannya nak beli tilam baby ni ada macam-macam jenis. macam-macam harga. Mahal kemain. Rasanya harga tilam aku yang dewasa ni murah lagi dari tilam sicomel .

Tilam babycot ada pelbagai jenis :

I.Latex
- Tilam ni ada lubang-lubang bertujuan untuk ventilation
- Bole tahan jugak mahalnya lebih kurang RM399++
- Anak kedua dan seterusnya masih bole pakai tilam ni


II. Foam
- Sangat economi, murah dari jenis tilam yang lain
- Untuk anak seterusnya kena beli tilam lain
- Ringan


III. Natural Coconut fibre
- Orthopedic support untuk tulang baby
- Anak kedua dan seterusnya bole pakai yang ni
- Firmest type of mattresses.eh macam mana nak translate tah.tapi aku paham la.bagus la ni.haha


Sumber info : BabyCenter , Which.co.uk

Tilam Ayden ni susah nak cari sebab size besar.. 28x 52x 3inch . Memula kitorang pergi IKEA, dah out of stock pulak yang extended punya mattresses tu.


Setelah dari pagi sampai malam aku google sambil-sambil singgah kedai, banyak babyshop kitorang pergi tuhari, kitorag pilih Natural Mattresses Coconut Fibre.



Dah settle bab tilam, bab mosquito net pulak. 
Mama Ayden ni macam-macam lah pulak.

Ingatkan murah murah je sebab masa kat kampung kecik-kecik kelambu takda la macam pwincess tu ada kelambu tudung saji je. Tapi bila pikir-pikir, kelambu tudung saji tu acano aku nak pasang dalam babycot. Macam lauk pulak anak aku dalam tu.

Kelambu tudung saji tu dekat DIY RM8 ajo. Tapi Mosquito Net ala pwinces tu RM73 belum masuk batang nye tu lagi. Kalo set, RM159. Huii jauh nye beza dengan DIY.kikiki

Mosquito Net ala pwincesss 20% off.hehe

Sampai umah, tudung pon belum bukak lagi dah gi tarik katil pasang mosquito net dan letak tilam.
Tapi titibe rasa macam, nape kat kedai macam lawa. Balik umah pasang kelambu macam serabut pulak. Tapi cakap dalam hati jela. Takut suami aku dengar.kekeke