Wednesday, September 4, 2013

Jetlag

Assalamualaikum ;)
Hari ni,hari kedua kami kat Kota London.

Jetlag woo!kikikiki

Masa kat Malaysia berlagak je cakap..sampai London terus nak jalan terokai Kota London.
Takde maknanya menerokai London.
Pukul 3pm da rasa macam penat dah.
Waktu Malaysia lebih kurang +- pukul 10 camtu. Laa patut la ngantuk.

Sampai Heathrow Airport semalam jam 5.50 am, terus ke rumah kawan Danny untuk amik kunci rumah tumpangan kitorang..Disebabkan kunci belum dapat lagi,kitorang tumpang barang-barang je dulu kat umah senior  Danny then terus ke Shepherd Bush untuk register as a student kat BPP University College.

Dan  disebabkan taklah berapa rajin nak join induction ,dan macam tak wajib je pegi, so kitorang carik restoran halal (sebenarnya takyah carik pon, sebab baaaaanyak sangat kedai makan halal.alhamdulillah) makan makan kasik energy sikit baru jalan carik bank nak bukak akaun bank.

Nak buka akaun bank kat sini taklah sesenang kat negara kita. Eh tapi rasanya lebih kurang je. Kisah bank inshaAllah aku cerita dilain hari lah. Kesimpulannya objektif bukak akaun bank kitorang hari ni tak berjaya disebabkan takda surat dari university.sebenarnya dah ade satu surat dari university, tapi surat tu macam tak detail sangat kot.so pihak bank takterima surat tu. Dakpe ah camtu.

Selepas tiba tiba je rasa penat dan ngantuk, kitorang balik Finsbury Park,tempat bag bag kami ditumpangkan sementara kat umah senior Danny..Alhamdulillah senior2 Danny ni baik sangat sangat dan tersangatlah membantu kitorang  siap tolong angkat bag kitorang yg ada lah dalam 10bijik je.berat pon 116kg je.kahkah

Sampai je Birnam Rd, tengok umah tumpangan tu,lawanyaaaaa. Tengok pulak katil.sukanyaaaa.pulak tengah ngantukkan. Lepas solat zuhur asar..kononnya nak tunggu la maghrib isyak.sekali bangun da nk subuh.muahaha.

Subuh kat sini jam 440 camtu..kiranya aku tido dari kul 7 sampai kul4.tido dalam iman, telekung pon tak sempat bukak.syoknyaa.nasib baik takde peta.

Biasala tu kan..dah nama pon jetlag.kikiki

2 comments:

  1. Eh awak memang dari dulu tido dalam iman. Bertelekung.kikiki.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.tulah..beriman kan!dulu kini dan selamanya.kikiki

      Delete