Saturday, June 15, 2013

Wet Butter Chicken

Nama melayu nya Ayam Butter Basah. Haa gitu bunyinya kalo dimelayu kan.

Resepi Ayam Butter ni inspired by Homst's famous Wet Butter Chicken.cewah.

Encik Busyman suka sangat makan dekat HOMST tu.Hari tu, kita berbuka puasa sama kat HOMST , Encik Busyman mengutarakan pendapat ' Yang awak kena belajar buat ayam ni '..dalam hati aku dok pikir apa la yang sedap sangat.rasa butter je lah. 

Aku pantang sket kalo laki aku suka makan benda tu, aku akan cuba google!kekekek. Agak-agak susah dan leceh kira tu first and last la aku buat. Tapi setakat ni rasanya, cream puff je kot yang aku dah tak nak  homemade with love.haha.renyah tau dak. beli jelah kat kedai.

So cubaan aku kali ni masak Ayam Butter berjaya!
Aku google je.macam tak biasa.tapi aku da lupa source dari mana.

Bahan-bahan :
* Ayam
* Bawang putih + bawang merah (tumbuk/cincang)
* Serbuk kari
* Tepung - aku guna tepung goreng ayam crispy
* Susu sejat
* Daun Kari - dalam fridge takde, so tak letak pon
* Lada sulah (sikit je- ni aku tambah sebab rasa muak pulak susu tu)
* Butter

1. Memula perap ayam dengan serbuk kari  dan tepung goreng ayam.
2. Goreng ayam macam biasa korang goreng ayam.
3. Cairkan butter, kemudian tumis bawang-bawang tu. (Disebabkan aku takde daun kari, maka aku letak serbuk kari sikittt )
4. Masukkan susu sejat + sedikit air. kalo nak 'wet' tambahkan susu sejat banyak sikit ya.
5. Cuba rasa. Muakkan? Ha tambah lada sulah sikit.
6. Siap!



Selamat Mencuba!

No comments:

Post a Comment