Assalamualaikum :)
Hari ni nak review penginapan kitorang selama 5D4N di Gold Coast itu hari..
Kitorang pergi sana, free & easy je.tak amik pakej apa-apa pon. So bermula lah misi google sana google sini nak dapatkan rate yang kebaboo affordable dan murah la..haruslah!
So kali ni tak guna Agoda mahupon Booking.com.atau groupon.kikiki.Kali ni amik Alquds travel.Alquds ni kitorang pernah deal zaman tok kaduk dulu masa aku kecik-kecik.dan aku percaya dengan dorang.tapi kali ni deal via online saje.
Ada few hotels and apartment yang aku google ramai malaysian menginap sepanjang kat Gold Coast. Antaranya, Islander Resort, Grand Chancellor,Mantra Legend, Ipanema, Vibe Hotel , Hilton dan ade la lagi-lagi yang banyak sangat nak sebut.yang aku sebut tadi tu, semua yang aku nampak sepanjang tiap-tiap hari naik bus pergi jalan-jalan.
Setelah aku kaji lah kan, aku decide untuk amik Hotel Grand Chancellor . Hotel 4 bintang ni terletak betul-betul tengah surfers paradise. orang kata easy access lah nak kemana pon.bus senang je dapat. makan pon senang.. nak shopping pon , sebelah je mall dan depan pon ade mall.depan kanan pulak Hard Rock Cafe. Dan sebab lain pilih hotel ni ialah sebabnye..hotel cantik .dan refurbished.dan murah iaitu..RM300/night.
So check in ialah kul 3pm dan check out ialah 10am.
![]() |
| 1 katil tempat besepah. 1 katil tempat tido |
![]() |
Ok.sorry ya.gambar toilet terlupa snap. tapi overall memang happy dok sini.sebab senang nak berjalan kemana sajee. aku ni jenis bangsa kaki jalan.balik dari berjalan jauh, ajak lagi husband aku amik angin kat area cavil avenue tu.
Next entry kita review Cavil Avenue tu ade apa.
Tata for now! nak siap-siap pergi family dinner.





No comments:
Post a Comment