Sunday, June 2, 2013

Gold Coast Part I

Assalamualaikum  :D

Hari ni macam masih dalam mood rajin nak update blog.sementara rajin tu, eloklah di cerita cepat-cepat sebelum lupa dan malas menguasai diri..kekeke.

Ok.Jom mula.

Perjalanan kitorang dari KL to Gold Coast adalah selama 8 jam. dan suhu waktu itu ialah 10 darjah celcius..Sesampai nye kitorang jam 7.20am di Coolangatta Airport, kitorang kutip semua brochure atau pamphlet dekat tourist centre. Nape macam tu? Sebab, kat situ la bole dapat diskaun untuk entrance fees untuk theme park and attraction yang lain kat Gold Coast tu. So jalan-jalan amik brochure is a MUST ya  kawan-kawan. 

Oh ya. Kami ada masalah dengan airport transfer yang kami beli sekali time beli tiket airasia .Masa kat LCCT da tanya kaunter masa check in ,dan pihak airasia LCCT bagitau nanti tanya airasia Gold Coast.oh ye? OK.OK.

Tapi..sesampainya kitorang kat Coolangatta Airport, sorang pon takde staff airasia. Sejam tunggu, akhirnya ada la sorang staff airasia ni.Bila kitorang tanya, dia cakap TAKTAHU.hoh.apakah ??

Sebab da macam tunggu 2 jam tapi takde apa solution, kitorang beli je Go Card, macam touch n go gittu. Yela, takkan nak bazir masa pulak kan. Time tu jugakla ubah tentatif program. So kemana kita?

Ke Currumbin Wildlife Sanctuary. 

Currumbin Wildlife Sanctuary ni terletak tak jauh dari airport.dan satu jalan ke arah Surfers Paradise. Tambang bus aku taktau dia kira macam mana, takpe, tu tak penting sangat kot. Touch je Go Card korang..kalo balance tak cukup, nanti bole reload dengan conductor bus atau 7e atau convenience stores. Untuk ke Currumbin dari airport ti, korang naik bus 761 ( Robina Station), dan tambang ialah sebanyak AUD3.08.

Since hotel kitorang book dekat Surfers Paradise, so taknak patah balik,kitorang angut je bag kehulu kehilir.takpe.rilex je.mat saleh tak tengok pelik pon kat kita. Lagi best, bila pihak Currumbin tu siap cakap bole simpan bag kat ada lah satu tempat , and aku tengok ade few tourist jugak letak situ.

Becerita pasal brochure tadi kan.haaaa time ni la brochure tu memainkan peranan. Entrance fees untuk adult, normal price ialah AUD49. tapi kitorang tunjuk je brochure tu, terus dapat AUD33. So, jimat la sikit disitu.

Day 1 , takde perasaan sangat nak pakai tripod.so tangkap la gamba guna handphone je. Ni la padahnya kalo datang bedua, tangkap gamba sendiri-sendiri jela.kekeke.

 Kalo datang australia tak jumpa kangaroo, tak australia la kan?

Aku bangsa penggeli binatang sket.so aku memang tak layan la nak peluk ke, nak mengusap manja binatan-binatang ni.
Penuh berpura-pura
Sheep Shearing by Danny
Tangkap gamba dengan koala, koala ni macam princess sket. jumpa koala ni asek tido je.so memang korang bole jumpa dia kejap je la.jumpa dan tangkap gamba tak sampai seminit.ok dah.
Tapi, korang kalo nak tangkap gamba dengan koala bear, haruslah bayar. Kitorang amik pakej 1 gambar besar dan 4 fridge magnet, AUD25. Tapi sorang jela bole pegang.aku memang tak kisah.sebab aku taknak pon pegang koala.haha


Check in hotel ialah 3pm. By the time sampai hotel, +- 4pm camtu, dah gelap dah.macam maghrib dah.so kitorang mandi  dan solat..dan siap-siap nak ke pasar malam . Surfers Paradise night market ni hanya hari rabu dan jumaat je. So nak taknak,malam ni memang wajib keluar.  Eh.sebelum tu,lupa nak bagitau..Dari Currumbin amik bus 700 (Southport) untuk ke Surfers Paradise. Tambang adalah sebanyak AUD5.13.

Pendapat aku, pasar malam tu takdelah menarik pon.kahkahkah.
Aku taktau nak beli apa.sebab memang takde apa nak dibeli pon.aku hanya beli macadamia untuk ayah  je.sebab nak kata murah ke tak,aku ase macam sama mahal je.tapi murah sikit la kot dari kedai souvenir.

Dah tawaf pasar malam, takde pape..so kitorang jalan-jalan dekat beach and sekitar cavil avenue.tengok-tengok orang.jalan-jalan.carik makanan.dan survey harga tiket untuk themepark.

cantik & tenang sangat


Da penat berjalan, balik la hotel.rehat.belum sempat nak rehat tau.
Maka dengan itu tamatlah riwayat hari pertama kat Gold Coast.

No comments:

Post a Comment