Dah alang-alang datang UK takkan nak pusing London je kan? Rugi laa camtu.Lagipon London 4 hari dah abis la kot explore.
So kitorang plan jelajah France, Netherlands & Belgium.
Amsterdam masa tu tengah musim winter. Harapan la kalo nak tengok tulips mekar berkembang kan. Rugi ok. Berangan nak pergi Keukenhof tapi mana la bukak cik kak. March- May sahaja. So kitorang ke Zaanse Schans. Jadik lah. Dari tak pergi mana-mana dok hotel.
Dari NL Museumplein Hotel, kitorang amik Tram no.12 untuk ke Sloterdijk Station. Dan dari Sloterdijk ni beli tiket di kaunter untuk ke Zaandijk. Return ticket 5.10 Euro. Perjalanan pulak amik masa dalam 50 mins gitu.
Zaanse Schans ni memang lawa dan best! Satu perkampungan kecik yang nyaman dan tenang je rasa. Tapi sebab masa kitorang pergi tu musim sejuk, beku jugak la jari walaupon pakai glove dah. Haa kat sini, bole la snap sana snap sini dengan windmill ya!hehehe
Zaanse Schans ni bukan ada windmill je tau. Ada lagi macam clog making, cheese making, spices museum dan banyak la lg mini museum. Takde entrance fee pape pon kalau tak berniat nak masuk museum-museum tu.
![]() |
![]() |
| Tulip ni jelah ada kalau musim winter .haha |
![]() |



















No comments:
Post a Comment