Friday, August 30, 2013

Malaysia Airlines - Grads Card

Assalamualaikum.


Ramai tanya aku & Amy, macam mana nak apply Grads Card ni. 
Takpe, kitorang tak kisah jadik kaunter pertanyaan bergerak.teeheeee!

GRADS tu ape ? 
GRADS ialah Malaysia Airlines punya student card.

Grads card ni bole apply sekiranya anda adalah full-time student ,luar dan dalam negara.
Fees untuk GRADS ni pon murah je, RM30 untuk tempoh satu (1) tahun.

Apa korang dapat dengan apply GRADS ni?

  • Free 10kg baggage allowance ( ni tujuan utama aku apply GRADS ni)
  • Airport coach tickets at discounted rates.Bole refer rates kat website MASwings ya.
  • Discounted airfares based on full fares
  • Discounted buying & selling rates for CIMB Bureau De Change

Okay,senang je sebenarnya nak apply Grads Card ni.. 

Apa yang korang perlukan ialah : 

  • Offer letter dari University
  • Salinan IC
  • GRADS enrolment form (bole dapatkan form kat SINI.)
  • CAS (Confirmation of Acceptance of Studies)

Macam mana nak apply?
Lengkapkan dan prepare segala dokumen yang diperlukan di atas dan submit application korang dekat pejabat Enrich yang terletak di KL Sentral.( Bersebelahan dengan Maybank & kaunter check in MAS)


Sekian untuk info yang aku dapat, dan wajib dikongsi bersama. Semoga semua orang yang selalu Google macam aku dapat manfaatnya.




No comments:

Post a Comment