Alhamdulillah.
Dipermudahkan segala urusan.
Advance dari penaja dah credit account kitorang jumaat lepas. Syukur. Tak lagi risau pasal duit nak survive kat negara orang nanti.ngehehe.
Bila dah dapat duit,haruslah pikior cemana nak bawak duit ke sana. nak bawak cash ke?foreign draft ke? Traveller's cheque ke? Ha macam-macam ada! Nak bawak cash bebanyak , macam cuak pulak kan!
Setelah dikaji dan dipersetujui , kami tekad untuk buat Foreign Draft. Oh ye ,kajian dibuat berdasarkan pengalaman kawan Danny & kajian pembacaan thread fb Pasca Siswazah & kawan suami di London.
Dokumen yang diperlukan ialah :
1. Saving account passbook
2. Passport
3. Borang permohonan kiriman wang (mintak dekat customer service punya kaunter)
Apa jadi sekiranya buku account passbook awak hilang?
Cewah tanya soalan kat diri sendiri nampaaaak.haha.
Ha.aku la tu hilang passbook.
Masa da suntuk.haih bole pulak aku lupa letak mana passbook tu.haih.
Takpe.jangan panic.sebab banyak alternative bole settlekan.cuma aku kena lalu jalan jauh sikit la.
Kalau passbook hilang, KENA report dekat branch tempat akaun dibuka.
Malangnya, aku buka akaun dekat USJ9 Subang Jaya. Nak balik KL dah tak sempat.Apa aku buat ialah, disebabkan aku ada dua akaun CIMB iaitu CIMB Bank & CIMB Islamic (provided salah satu buku bank ada la) aku transfer via cimbclicks DAN mintak simpati suami aku sikit dan simpati Amy sikit, mintak transfer dalam akaun CIMB Islamic aku.
Cut-off time untuk buat foreign draft ialah sebelum jam 3.30pm.
Tapiiiii.. aku pulak settle urusan transfer duit pukul 4.00pm.haha.ha pulak dah.
So esok jelah datang bank lagi.
Kenapa nak cepat-cepat convert kepada Foreign Draft?
Sebab rate GBP dah melonjak naik.
Rate suami & adik aku ialah GBP 5.16 dan rate aku pulak sebab buat next day GBP 5.20. rugi den!
Step by step :
1. Pergi kaunter customer servis, bagitahu officer CIMB tu, nak buat Foreign Draft.
Tak semua bank bole buat foreign draft tau.
Kitorang check Bank Islam takde sediakan service ni.
Kitorang check Bank Islam takde sediakan service ni.
2. Korang akan dibekalkan Borang permohonan kiriman wang . Lengkapkan form itu. Pastikan nama dan nombor passport tu betul dan sebijik dengan passport tau?
3.Masa kat kaunter, bargain lah serendah mungkin rate yang diorang bole kasi. Untuk RM20,000 dan ke atas anda memang wajib la tawar menawar rate tu.
4. Dah dapat Draft tu, jangan lupa double check details kita tu betul ke tak.
Okay, itu saja pelajaran hari ni yang mungkin dapat bantu anda untuk buat Foreign Draft.



send money to any country
ReplyDeleteno limit
fast cash by hand or bank acount
01110786780