Thursday, March 5, 2015

Solat Hajat & Baby Shower

Solat hajat ni suamiku tercinta buat untukku sempena kandungan ku da masuk 37 minggu ++.
Buat dekat surau kat umah je, rabu lepas.
Memandangkan aku tak reti nak masak banyak-banyak. Dan ditambah perisa malas  so ,tempah aje lah.Kitorang tempah makanan dengan sorang akak , resident kat umah aku je jugak.

Asalnya kitorang plan nak ke rumah anak-anak yatim, tapi kekangan masa dan tak dapat contact ustaz umah anak yatim ,dan sebab takut aku terberanak awal , so buat jela cepat-cepat.
Kebetulan dekat surau sini memang setiap rabu ada tazkirah, tumpang jela sekali.


Baby shower pulak ..., amboi baby shower bagai pulak.
Makan-makan je sebenarnya. Potluck gittew.
Tapi CikLah cakap ni kira baby shower lah. Ok la, apa apo aje la janji makan sedap!

Fettuccini Che Su Arfah

Red Velvet Brownies Usu

Bread Pudding Cik Lah

Cream Puff TuanRumah

Makcik-makcik semua kena bawak makanan. Tuan umah, a.k.a anak saudara sediakan air je. Syok gila.hahaha. Tapi macam pemalas sangat pulak, so aku tempah cream puff carik je hashtag #creampuff jumpa ig @dapurpetite.  

Sebenarnya, Usu je yang nak datang hantar babycot. Tapi lepas sembang-sembang jadik semua tok sedara Ayden nak datang! haha



Ayden dapat babycot dari Tok Usu! Yey. Alhamdulillah rezeki Ayden. Babycot usu besaq kemainn. Tau aje lah kalo Usu punya barang memang tiptop 5 stars punya lah. Babycot ni sebenarnya Izzah, Haris & Syafiq punya. Bayangkan 20tahun dah umur babycot tu tapi masih cantik macam baru beli! So Mama & Baba Ayden tinggal carik tilam dan accessories yang lain aje lah. 


Nursing pillow pulak hadiah dari Cik Lah untuk aku dan baby!Alhamdulillah. Rezeki.

Wednesday, February 18, 2015

Barut Baby

Barut baby juga dikenal dengan nama omputehnya baby binder.

Ramai online seller sekarang jual custom made barut baby. Comel comel pulak tu. Range harga pon comel jugak.

Mama Ayden kononya nak jahit sendiri la barut Ayden. Semangat ke Nagoya cari kain nk buat barut. Padahal sebelum ni mana pernah menjahit pon. Pegang mesin jahit pon tak pernah.

Siap susun barang cantik-cantik konon nanti aku nk buat tutorial kennnn.haha


Memula aku suruh umi ajarkan aku.. contoh la kononnya. Last last umi buat la semua. Hahaha.
Seram pulak tengok mesin jahit tu. Terbayang terjahit jari sendiri.

Tadaaaaa siap!

Hello Kitty tu Mak Ngah Tikah beli kain untuk baby dia..Nenek Ayden belah Perlis jahitkan. 
Barut Panda dan ada lagi 6 helai barut plain putih kat kelantan lagi, nenek kelantan belum bawak datang KL lagi. 

Ayden ada 18helai barut jahit with love dari nenek perlis & kelantan. Dan 8 extra barut yang takbest mama gedik sangat beli awal-awal pregnant dulu. Membazir plak rasa.hehe.

Tuesday, February 17, 2015

Set Tilam Kekabu Asli

Survey set tilam ni tak lama macam survey stroller. 2 -3 hari je kot survey set tilam.hehehe
Aku dapat contact num akak kekabu ni, Kak Rohana dari Umi & Kak Amy.

Kak Rohana ni staff kat office Ayah tapi bukan staff ayah la. 
Harga 1 Set tilam ( 1 x tilam, 2 bolsters, 2 bantal)  memang bagi aku reasonable sangat-sangat. Tapi disebabkan aku tak berkenan design yang ready stock. Ada design minnie mouse pinky pinky, LV, teddy bear. Takmo lah . Anakku sotong nanti. So aku memula mintak tolong umi carikkan kain cotton untuk buat cadar .


Umi terjumpa design Transformers. Baba Ayden dah berkenan dah. So kitorang pon berangan la cantikniiiii nanti cadar Ayden , transformers tuuu.


Bila sampai umah, bukak besar-besar cenggini, baru perasan, Transformers ni besar sangat la pulak.
Kang takjadi rupa transfomers nanti kat tilam, sebab tilam kecik je. Umi mintak aku tengok kat area KL ni la dulu ,


Design robot ni umi saje-saje beli. Tak pasti pulak umi  nak buat apa.haha
Rasa macam umi cakap nak buat cadar untuk tilam kitorang adik beradik masa kecik-kecik dulu.. Kiranya, balik kampung takyah usung tilam ke apa balik kampung. Yey!

Mama suka yang ini

Esoknya tu sabtu, kitorang ke Carefour Wangsa Maju, kedai kain apa ntah. Nagoya kot. Bidang 96 RM12.80/meter. Murah. Alhamdulillah rezeki.

Tapi Baba cakap dia suka ini. Yang ni laaa. Kan boy. nampak tak ni ' Oh Boy!'
Layannnnn...

Set Tilam tanpa cadar. Comey pulak cars!
Size tilam 3 x 28 x 39inch
1 x tilam & cadar
2 x Bolsters

 2 x Bantal

Free gift - 2 x Bantal Karipap

Kak Na cakap beli kain bidang 93 3meter. Aku pulak pegi beli bidang 96 3meter. hehehe
So ada lebih banyak la jugak kainnya,KakNa buatkan Ayden baby comforter.

So , mommies atau mom-to-be yang tengah cari set tilam kekabu asli baby dari kelantan, kalo nak tau detail dan contact number KakNa, bole email mrsstore.uk@gmail.com.


Thursday, January 15, 2015

Butter Prawn Nestum

Tu hari nampak ada orang share kat FB recipe ni.
Sejak jadi surirumah tangga sepenuh masa, dan dah bole masak..
Terasa diri ini nak  menyambut kepulangan suami dari tempat kerja dengan masakan yang luar biasa.
Luar biasa la sangat!

Google recipe, sini ya!



Tapi sebelum tu, mukadimah dulu la.

Balik dari Klinik Kesihatan, sebab kena amik darah untuk buat blood test, terus ke NSK Selayang.
NSK Selayang ni dah jadi tempat favourite dah sekarang.


Sebenarnya nak guna daun kari sikit je, setangkai je pon. Tapi NSK takmain la jual setangkai. Hamik.nak masak apa pon taktau banyak cenggini.

Ni resepi simple paling senang dari aku. Tapi mungkin untuk kesedapan maksima bole click link kat atas tu ye.

Bahan-bahan:

Udang
Minyak masak 
Garam
Nestum 3 in 1
Butter
Daun kari


1. Panaskan minyak, goreng udang yang digaul bersama sedikit garam.
2. Cairkan butter,masukkan nestum 3 in 1 dan daun kari.
3. Siap!

Sebenarnya, masa aku masak tu aku tak tengok recipe sebab masa tu dah kul 8pm++ dah.
First day suami balik dari training 2 minggu, masuk kerja dan balik lebih dari 8pm.
Kelam kabut aku masak sampai lupa resepi asal ckp kena tumiskan bawang putih, cili padi dan daun kari.

Recipe asal cakap plain oat/cereal kan?
Takkk.aku takda stock oat pulak kan.
Aku amik nestum 3 in 1.
Aku kira kira tambah tolak rasa semua, ok la tuh. Sedap la tuu masakan luar biasa aku tu.kihkihkih.


Lauk luar biasa lagi satu aku ialah cendawan goreng berempah. Tak luar biasa mana pon la. Dekat pasar malam pon ada. Dan,oh ye.aku lupa snap pic la pulak.

Sesampainya suamiku sayang dirumah, tanya.. arini takde kuah ke yang?
Haaa kan saya cakap luar biasa. Oh ada. Kicap dalam botol tu.hehe.sorry suami!

Tuesday, January 13, 2015

Motherhood Journey : 3D 4D Scan

27 Dec 2014 : Week 28
Klinik Dr Khalil, Taman Ehsan Kepong
Sonographer : Ms Shazwani

Tu hari aku google untuk buat 3D 4D scan area KL.
Saje-saje nak jumpa Ayden sebab next check up kat Pusrawi on weekdays, so Baba nye takley cuti. So kita dating scan dulu lah!

Sehari sebelum tu, book for an appointment , online kat sini ya!
U'll receive an email confirming your appointment, in my case I'll get confirmation within half an hour after I booked.






Ayden dah gemookkk! Pipi labuh betul. Itu hari masa scan 23weeks , Mama nampak muka Ayden macam Rain, kurus jeee. Sebab masa tu musim mama layan She's so lovable , korean drama yang best tu.
Sekarang muka Ayden dah rain rain go away come again another day dah! Gemok ni, mana ada pelakon korea gemok!HAHA
Nasib la Ayden dapat mama macam ni.haha

Takpe la Ayden, tak korea pon takpe dong! Asalkan awak sihat dan sempurna baby!
Always be my adorable smiling baby! We love you, Ayden!


Friday, January 9, 2015

Travel & Jimat

'Travel doesn't need you to become rich'

Betul.
Tapi nak travel, kena ada duit maa!
Acano?

Bila tengok kawan-kawan merantau ke negara orang, rasa macam bestnyaaaaaa. Banyaknya duit dia. Kaya nya diaaaa!

Aku kenal sorang blogger famous ni, kawan suami aku .. Dan dan mengaku kawan hahaha.
Dulu tak la famous pon.
Tapi sebab banyak gilaaa travel and dia blog kan semua itineraries, tips, budget and cost travel membuatkan blog dia jadik sumber rujukan para traveller!
Lepas graduate tahun 2010, si blogger famous ni joined audit firm , Big 4 pulak tu. Mesti laa busy kan.Aku macam confuse, eh bila masa pulak dia sempat plan everythinnnnng pasal dia punya trip ni?

Bila musim tak peak period, hamik cuti sebulan untuk travel!woho.
Suami aku pulak, cuti banyak-banyak sebulan tu cuti urus pasal kawen.ngehngeh. sorry yang, pasni kita replace masa cuti kawin awak tu dengan jalan-jalan ye.bila kita ada rezeki lebih nanti.Aminnnnn.

Umi & Ayah aku pon kaki berjalan jugak. Dari diorang masa belajar, bercinta, kawen, dapat anak sampaaaai la nak dapat cucu pertama ni, haa tuuu dok plan nak g Stuttgart pulak next summer. *tepuk poket wallet ayah*

Tips umi

Tips umi aku senang je. Tapi aku takpenah ikot pon petua tu.hehehe
Umi cakap, dalam Malaysia kan dah pergi .. kumpul duit, pegi travel overseas teruihhh. 
Tapi aku rasa macam ada banyak lagi tak jejak kat Malaysia ni.kalo jejak pon macam, okay , been there done that.nexxxxt!

Suami aku pernah cakap, umi ni knowledgeable la. Sebab umi aku ni selain kaki jalan, dia kaki google jugak.haha. Umi suka membaca.Ayah pon suka membaca. Tapi diorang berbeza punya benda yang suka baca. Ayah more to motivation, inspiration macam tu, Umi pulak selain dari apa yang ayah suka baca. Aku? Aku tidak mewarisi suka membaca itu. Baca status -status kat facebook je aku rajin.

Kalo umi, sebut je nak travel pergi situ sana sini, haa dia dah siap dah info. Lagi lagi kalo dia penah jejak kaki kat situ, siap bagi contact number, tempat menarik kat sana ..Siap google lagi untuk bagi info dekat kitorang pulak.hebat tak ibu ku? teeheeee!

Tips umi jugak cakap, duit saving & travel tu lain-lain. Tapi aku tidak begitu dong, saving tu la duit travel aku. Masa nak kawin, dah licin tabung sebab duit saving masa memula dapat kerja kan jakun sket ada duit, pantang tiket murah je beli tiket. Dapat pulak che nab yang bole tahan jugak berjalan. Tak tanya aku pon dia dah belikan tiket sebab dia cakap murah sangat tiket.HAHA
Pastu aku dapat larangan keras dari ayah, tak leh berjalan dah! Freeze semua jalan-jalan. Merantau dengan suami je pasni. Pastu aku tengok jelaaa, che nab gi jalan-jalan dengan Hasanah.

Tapi nasib baik jodoh aku sampai awal, maka tak de la banyak pon tempat aku pegi. And yes, Alhamdulillah lepas kawen jugak aku banyak travel dengan suami aku. Itu pon, bawak bekal wey pergi kelas. Lunch je janji jumpa kat level mana-mana bawak lunchbox masing-masing, lunch sekalik. hihi. Travel punya pasal. Makan biskut Sainsbury's cicah nescafe free kat Uni. haha.Nasi lauk telur pon rasa macam sedap sangat dah. Tapi sebab negara orang memang mahal & susah nak makan tu pasal bole bawak bekal. Kat Malaysia ni taktau kenapa macam malu pulak nak bawak bekal. hey tah pape.

Tips blogger - kawan suami aku

Aku rasa bukan tips la. Dia takbagitau pon la tu tips jimat dia. Tapi dah kata kawan. Suami aku cakap, blogger tu jimat betul.pandai berjimat.Takda nya nak spend duit sukahati, makan mahal-mahal. Makan nasi, goreng telur, kicap je okeh.sesekali je makan sedap. Tapi memang blogger tu kurus la.aku besar lagi dari dia.Dan aku follow ig dia jugak, he's enjoying his life! Takde la meratap pilu sebab tak bermewah-mewah kan. Dan sekarang, blogger tu kat UK meneruskan sesi pengembaraan sambil belajar. Best betul!

Tips semua orang pon tahu

Belilah tiket masa murah. Apaaa daa.tu pon taktau..hehehehe
Aku pernah beli tiket setahun sebelum travel hokehh.




Biasakan diri dengan Expedia, Skyscanner, Trivago, HostelBookers.com, Tripadvisor dan banyakk lagi untuk dapat best rate flight, hotel, info & tips.


Nota kaki:
Kurangkan spend duit untuk benda tak  berapa penting. Barang Ayden takpe.Eh?
Nak travel lagik pleaseeeee.

Tuesday, December 30, 2014

Motherhood Journey : 2nd Trimester

My second trimester journey went smooth and beautiful.
During my week 12 till week 18, I puked more than twice a day, and start week 19 I only puked twice a day which is after my subuh and right after had my dinner.

My first check up (at private clinic) is on my week 12, since I can't tolerate to anything (bau orang, tengok orang,long queue apatah lagi kan) except my husband .manja kededek. Even makan pon tak suka dan rasa menyampah kalo kena paksa makan. Worse case, scroll FB & IG rasa loya nak muntah bila kawan upload gambar makanan. Apahal dey!

I felt my first baby kick at week 18. But not really sure was it baby's kick or 'kentut perut'.muahaha. I used to have this 'kentut perut' in class and office, EVERRRRRY day even after had my meal. Menyampah betul. Malu tau.


My first booking at Klinik Desa (KD) Batu Kawan was on week 19 . I was scared at first as I think that was tooo late as in nearly 5 months pregnant already!  Lucky I am,the nurse at KD didn't scold me for too late to have my buku pink.

21 Oct 2014 : First booking (Week 19)
Klinik Desa Batu Kawan, Penang
Weight : 50.5kg
BP: 110/60
HB: 13.9
Baby's heart rate : 157

29 Oct 2014 : Blood Grouping & to refer MO ( Week20)
Klinik Kesihatan Bandar Tasek Mutiara
MGTT was done due to my family history  of diabetes.
Apa perasaan? Ok je. I can finish it in one shot babeh!haha

Result for MGTT :
  - Fasting : 3.9
  -After 2hours : 5.8

15 Nov 2014 : Week 23
Remedic Kangar Perlis
Our first 2D 3D & 4D scan!wohoo.
Saje-saje gedik nak buat 3D 4D scan . Masa ni balik kampung, so Klinik Remedic Kangar ni dekat je dengan umah abah & mak mertuaku. It cost us only RM55.Murah gilaaaa. Scan 3D 4D RM55 sajo. Mana nak dapat dah selain kat sini kan..

Doctor confirmed it is a BOY! Another chelsea fan ,of course. We even bought Chelsea's baby romper and shirt before balik malaysia itu hari.semangat kemain baba!

We bought all these shirt and rompers even don't know when will I get pregnant (masa tu taktau pulak pregnant dah)! haha
I was soooo excited to meet & cuddle my son. 
Can I reveal his name?haha 
We have lists of name ( biasalah tak kerja,  pikir nama anak jela kerja sementara ku).
Since we're not having baby girl this time, Lily Qaisara, Iris Sofina Rose, will be in my dreamzzz je lah!
Next anak kita kena pikir nama lain lah ye, seiring dengan masa.haha

If baby girl would be nama bunga-bungaan. What would be for baby boy?
Takkan nak letak nama pokok pulak. Bonsai?kahkah

Ayden was so kurus at week 23.
Ayden was 500g+ at week23. Kurus dan tengah ketiduran. My doctor said , development baby was fine. But baby in breech , but not to worry much as it is still early and the baby surely will turn down.


18 Nov 2014 : Week 23++
Klink Desa Batu Kawan
HB : 11
BP: 110/60
Weight : 54.5 - Kena marah kat nurse ,kauuu. Merah-merah buku pink I tau. JAGA PEMAKANAN.EXTRA 3.5kgREFER MO.hahaha

Sejak berselera makan ni, semua benda nak makan. Tak perasan pon dah termakan banyak. Sorry nurse.
Disebabkan terlebih berat badan, maka selang satu hari kena test urine & amik BP. Diorang monitor sebab risau takut pre-eklampsia & GDM. 
7 Dec 2014: Week 26
Klinik Kesihatan Wakaf Che Yeh, Kota Bharu
Kes tumpang, notes kat buku pink aku tulis camtu. check urine & BP lagikkk sambung yang kes terlebih berat badan tu hari.


9 Dec 2014 : Week 26
Klinik Desa Batu Kawan & Klinik Kesihatan Bandar Tasek Mutiara
Follow up  kes terlebih muatan.
Alhamdulillah semua ok. Takda pape pon. Aku je ter over makan hehe.
Request for Doctor's consent to fly.And I was given my 1st dose of ATT.

Never in my mind, the surat will be so senang and hand written by my doctor. HAHA. I was imagine the consent letter in a proper format.rupanya memo saja.Tak kisah la.
It took me 1 min to get this letter, but it took me an hour to see the doctor!
Sekali lagi, nasib baik tak kerja.