Cewah.
Soft launching gittew.
Semalam kitorang ke Bangi Sentral untuk kenduri doa selamat dan bacaan yassin Nurizshar sempena Yan & Suhail bukak kedai.
Besaq kedainya, memang nanti mommies semua CONFIRM la selesa nak shopping sana.
Official ataupon grand opening la orang panggil..Grand Opening Nurizshar ni 4 April ni, tapi disebabkan aku masa tu dalam pantang, so ku gagahi diri ini ke Bangi semalam. Tapi takde la penat semput pon walaupon dah 39 weeks. Alhamdulillah ok aje.
Tapi orang sekeliling dah risau takut terberanak. Yan cakap jangan la terberanak kat Nurizshar, nanti kena sponsor barang baby smpai besar. kikiki
Pagi kul 10 camtu, whataspp kat group, penatnya baking! pening berpeluh baking 50 bijik creampuff. Padahal...
Aku tempah kat @julianazaabar je pon! kehkeh
Pastu rasa macam banyak pulak penipuan berlaku, yela dah semua orang puji mak buyong ada kekuatan lagi buat creampuff, nanti penat pulak nak mintak maaf ..mengaku jela ' Takpenat pon, tekan je hashtag #creampuff belambak orang tolong baking'
Dah lepas mengaku hashtag yang tolong baking, Yan pon mengaku la yang dia pon hashgtag je jugak. Ni je 25 biji pavlova Yan sempat masak.
Dah besar dah Rayyan! Tapi Rayyan taknak kawan pon dengan Aunty. Fine lah.





No comments:
Post a Comment