Belum pon seminggu aku jadi surirumah
Dah pulak kemalangan kecik kat umah.
Takde keja .carik keja.dan terus dapat keja.hehehe
Sepatutnya isnin lepas aku kena attend BTN. Bag semua da siap.tinggal nak bawak badan pergi register je. Dan..dah lengkap berbaju kurung dah nak pergi BTN.
Hidup tak selalunya indah.
Tengah kemas barang umah sebab nak pindah dan nak siap pergi BTN,aku terlanggar bekas kaca tempat letak brooch dan pijak.rasanya best sangat. Kebetulan memang husband ada umah.nasib baikkkk.
Darah memang dah penuh dah kat lantai.darah keluar macam lembu kena korban dah aku tengok. Tetiba aku nak termuntah.pastu pengsan.haha
Aku memang bangsa penakut darah pon!
Sedar-sedar aku dah kat tepi pintu umah dengan kaki berbalut kain.tah mana la kain laki amik.haha.sebab darah takmo stop.Laki aku cakap dia panic gila sebab tengok muka aku pucat gila.pastu dah diam pulak.sebab sebelum tu aku nangis-nangis panggil dia.padahal dia dok sebelah aku je masa tu dan aku ingat aku mintak husband aku amikkan plastic sebab aku nk muntah.sebenarnya masa aku pengsan tu dekat je pon dengan toilet.aku pengsan depan toilet! Geli wo.
Husband bawak ke Klinik Kesihatan AU2 Keramat. Aku tak pernah la kena jahit bagai ni.mau tak cuak kan. masa bius ya allah sakit gila.pastu pulak orang yg jahit tu apa tah orang panggil..bukan doktor..dia suruh husband aku jumpa doc. Dia cakap ,cakap dengan doctor so mc nanti bagi kat BTN.
So itu lah cerita kaca saya.5jahitan je.tak serius pon.tapi takleh jalan la jugak.dan saya dapat mc seminggu,kalo tak ok tambah mc lagi ;)
Dan MC tu dijadikan sebagai bukti untuk pengecualian BTN. Tapi still,kena karang sughat jugakkkk.


No comments:
Post a Comment