Friday, October 12, 2012

Chilli crab

Sekarang jam 1205am..encik busyman belum balik keja lagi.haih busy sungguh suamiku.semalam aku tido,encik busyman taktido.tengah buat keje.

Ok.nampaknya sindrom keje sampai tak balik umah telah tiba.hakhak

Semalam masak chilli crab.resepi call umi.bukan setakat resepi..nak cuci ketam pon tanya umi.punya la tak penah bersihkan ketam.taktau nk buang yang mana siap nak tangkap gamba.moden nye zaman sekarang ni ye.

Tergerak hati nak masak ketam sebab last week pergi kuala selangot nak makan seafood kat aroma,skali..mak aih orang ramai llaa.makan jela kat sebelah aroma.tapi tak de chilli crab yang encik busyman tak habis2 sebut dalam kete tadi. So pasar malam dekat umah,terus carik ketam.jumpa! 3 ekor rm15.75..

Bahan-bahan :

Bawang putih
Bawang merah
Asam jawa
Cili kering/kisar/giling
Halia
Serai
Garam
Ketam

Sukatan jangan la ditanya.sebab semua secukup rasa.hihi

Cara -cara :
1. Rebus ketam sebab nak bagi die masak dan lembut so yummy.
2. Blend semua bahan kat atas.eh tapi jaangan pulak blend ketam skali.
3. Panaskan minyak dan tumis suma bahan kisar..masukkan air asam jawa.
4. Masukkan garam secukup rasa..
lupa nak amik gamba sebelom makan.

5. Siap!

Masa call umi,umi cakap dia letak buah keras.masalahnya buah keras pon aku tak tau macam mana rupa.kikikiki.so aku tak letak..

No comments:

Post a Comment